Saturday, March 5, 2011

sahabat

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami

Kerana takdir Yg Maha Esa telah menetapkan

Sedih hati ini bila mengenangkan

Kau sahabat kau teman sejati

Tulus ikhlasmu...luhur budimu bagai tiada pengganti

Senyum tawamu juga tawamu menghiburkan kami

Memori indah kita bersama terus bersemadi

Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu

Disaat kau masih diperlukan

Tuhan lebih menyayangi dirimu

Ku pasrah di atas kehendak yang esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yg mulia

Tempat yang dikau jajikan nikmat untuk hamba Mu

Sahabatku

Akan kuteruskan perjuangan ini

Walau ku tahu kau tiada disisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu

Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan

Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau

Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau disana

Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan

Moga di sana kau bersama para solihin

Kau sahabatku

Kau teman sejati

0 comments: